Eyra Hazali hamil anak kedua

Iklan
eyra hazali

PELAKON Eyra Hazali berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila kini hamil lima bulan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya hari ini, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23, dilihat membuat kejutan istimewa dengan berkongsi kit ujian kehamilan keduanya kepada suami, Muhammad Haziq Nadzli.

Iklan
Iklan

Pada mulanya, suami Eyra menyangka ia adalah kit ujian lama dan kejutan itu hanya satu gurauan, namun pelakon drama Nur 2 itu mengesahkan ia adalah kit ujian baharu.

"Saya baru menggunakan kit ujian kehamilan ini sebentar tadi. Hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik itu,” ujar Eyra.

Iklan

Rata-rata peminat dan pengikut Eya turut berkongsi kegembiraan dan menitipkan ucapan tahniah dan doa buat pasangan ini.

Eyra dan suami yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, yang kini berusia setahun 5 bulan.

Iklan

(FOTO: Instagram Eyra Hazali)