Bukan beri 'perlindungan', ini kejadian sebenar video tular lori balak diiringi JPJ

Iklan
01

SEMALAM, tular satu video di media sosial memaparkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang didakwa mengiringi lori balak.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan itu mendapat pelbagai reaksi warga maya sekali gus ada yang menyeru JPJ serta Kementerian Pengangkutan memberikan penjelasan lanjut mengenainya.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Dalam pada itu, ada sesetengah pihak mengatakan JPJ memberi 'perlindungan' kepada semua lori balak terbabit.

Iklan

Iklan

5. Perkongsian video itu dilihat telah mencalarkan imej JPJ tanpa si pemilik akaun media sosial tersebut mengetahui gerak kerja sebenar JPJ.

6. JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin.

Baca juga Henti bungkus makanan guna paku, dawai kokot, peniaga ingkar boleh didenda RM10,000, penjara 2 tahun-KKM

7. JPJ menerusi operasi tersebut menahan 30 lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan bertindak membuat pemeriksaan sebelum kesemua lori berkenaan diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa Mentara diringi kenderaan rasmi JPJ.

8. Selain itu, JPJ telah mengeluarkan 56 notis kesalahan iaitu 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.