PAPARAN video membabitkan seorang pemandu lori yang mengalami sakit jantung semasa memandu berlegar di laman sosial.
Dalam kejadian yang berlaku di Sungai Buloh, pemandu berkenaan terdahulu mengalami sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya itu hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.
Bagaimanapun soalan yang diajukan oleh wanita yang merakam video terbabit membuatkan warganet berang.
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mubarak Khan tampil memberikan penjelasan tidak terlibat penyebaran video berkenaan dan hanya berkongsi video yang diterima menerusi grup WhatsApp.
Baca juga: Pemandu Lori Diserang Sakit Jantung Ketika Memandu, Soalan Pertama Perakam Video Mengguris Perasaan
Malah isterinya turut menafikan telah merakam video berkenaan. Kenderaan yang terlibat di dalam kejadian berkenaan juga bukan milik mereka.
Difahamkan, laporan polis telah dilakukan berkaitan isu itu.
"Bukan salah kami, kami share sahaja.
"Video berkenaan telah dikongsi ramai orang tetapi saya menjadi mangsa keadaan.
"Saya meminta maaf segala kesulitan, ” katanya.
Warga maya memberikan pelbagai reaksi. Rata-rata meminta pasangan berkenaan supaya berhati-hati berkongsi sebarang video di laman sosial. Jika tidak pasti, jangan kongsi!
-"Nasihatnya, jika tidak pasti, jangan kongsi.”
-"Tunggulah polis siasat kes ini. Mesti ada rakaman CCTV atau orang awam berdekatan yang melihat siapa yang merakan video itu.”
-"Moga kes ini jadi iktibar. Lain kali kita jangan cepat kongsi perkara negatif.”
Baca juga: Tuduh Mabuk, Tiada Pertolongan, Dr Say Kecewa Video Tular Babitkan Pemandu Lori
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: mubarakkhan1535