Satu rumah pun boleh gaduh, beza pendapat, bermasam muka, ini 5 petua urus konflik

Iklan
Banyak perkara isteri berlembut namun awas suami jika buat 5 perkara ini

MASA terperap di dalam rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu banyak dimanfaatkan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga.

Namun dalam masa yang sama, tidak dinafikan pelbagai cabaran tertentu berlaku termasuklah konflik perselisihan faham.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Malah, kita perlu menunjukkan sikap empati atau kefahaman, terutamanya dalam keadaan semasa apabila kebanyakan orang berada dalam tekanan, lebih-lebih lagi dengan ketidakpastian yang timbul.

Menurut Tinjau Selidik Kesejahteraan Bermula Dari Rumah (Wellness Begins at Home) Gardenia, tiga punca utama perselisihan dalam kalangan isi rumah Malaysia semasa PKP termasuk;

Iklan

1. Pembahagian tugas mengemas dan membersih rumah

2. Masalah belajar dalam talian dan kerja sekolah

3. Penghuni rumah mengganggu semasa panggilan kerja atau kelas dalam talian diadakan

Pada hakikatnya, kita mampu mengurus dan mengatasi masalah ini.

Malah kita mungkin sudah tahu cara-cara untuk menyelesaikan pertikaian di tempat kerja, namun kita hanya perlu menyesuaikan kaedah ini supaya turut berkesan dalam suasana di rumah.

Lima gaya utama pengurusan konflik;

Pengurusan konflik ialah amalan menyelesaikan pertikaian dengan cara yang adil, saksama dan cekap.

1. Mengalah

Gaya pengurusan ini membolehkan salah seorang ahli keluarga untuk 'menang' dengan memberikan apa yang dikehendakinya. Pada asasnya salah seorang mesti mengalah demi kepentingan orang lain.

Positif: Pertikaian kecil boleh diselesaikan dengan mudah dan pantas.

Negatif: Ahli keluarga yang lantang mungkin mendapat apa yang dikehendaki kerana lebih mendesak dan berani bersuara. Atau jika anda daripada keluarga tradisional Asia yang menekankan pangkat dalam keluarga sebagai tanda hormat, mereka yang lebih muda dan kurang peranan lazimnya berasa suara mereka tidak didengari.

2.Elakkan

Gaya atau cara mengelakkan konflik menggunakan taktik 'bawa bertenang' untuk memastikan situasi panas kembali reda. Ada masanya, korang juga boleh mengasingkan ahli keluarga yang sedang marah daripada perbincangan.

Positif: Sesuatu pertikaian mungkin terlalu dipengaruhi perasaan, oleh yang demikian meluangkan masa untuk bertenang akan membantu ahli keluarga berkenaan memberi tumpuan terhadap isu yang dihadapi.

Negatif: Jika sentiasa mengelakkan konflik tanpa mencari penyelesaian, masalah ini mungkin kembali menghantui keluarga atau meledak menjadi isu yang lebih besar.

Negatif: Malangnya, anak-anak mungkin tidak faham pada mulanya dan mungkin tidak puas hati dengan korang buat seketika.

Walaupun negara kita akan memasuki fasa endemik, kita masih perlu berwaspada dan berhati-hati dalam aktiviti harian.

Terus berbuat baik dan menjaga hati antara satu sama lain kerana kita tidak tahu apa yang sedang dilalui oleh mereka akibat pandemik.

Ramai yang kehilangan orang tersayang dan punca pendapatan serta bagi sesetengah orang, kehidupan tidak lagi sama seperti dulu.

Sumber: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd