BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pemerolehan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan tersebut.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini 10 fakta berkaitan;
1. Keputusan itu dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang semalam dengan memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection untuk digunakan bagi golongan kanak-kanak itu.
2. Vaksin jenis berkenaan mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.
7. PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Convidecia® Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection sebagai dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas.
Baca juga Varian baru IHU B.1.640.2 pula dikesan di Perancis, berikut 5 fakta mengenainya
8. Ia diperlukan dengan sela masa tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama daripada vaksin sama yang mana pemegang pendaftaran bagi vaksin ini ialah Solution Biologics Sdn. Bhd. dan ia dikilangkan oleh CanSino Biologics Inc., China.
9. Kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
10. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin-vaksin tersebut kekal positif.