Bapa Ungku Ismail meninggal dunia

Iklan
UNGKU ISMAIL

PELAKON Ungku Ismail berkongsi berita duka baru sahaja kehilangan bapanya, Ungku Abdul Aziz, 70, yang meninggal dunia pada Jumaat.

Perkongsian itu dilakukan di laman Instagramnya bersama muat naik foto ketika berada di tanah perkuburan selepas Allahyarham bapanya selamat disemadikan.

Iklan
Iklan

"Kita jumpa lagi ya Bah. Tidurlah sehingga Hari Itu,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu tidak menyatakan tentang punca kematian bapanya itu.

Iklan

Menerusi ruangan komen, ramai peminat dan rakan-rakan tampil memberikan kata semangat dan menitipkan doa agar Ungku Ismail dan keluarga tabah berdepan detik sukar itu.

Terdahulu sebelum itu, Ungku Ismail ada berkongsi beberapa foto terakhir Allahyarham ketika bersamanya.

Iklan

Salam takziah daripada SinarPlus.

 

(FOTO: Instagram Ungku Ismail)