Dedah aib suami isteri, 'unboxing pengantin' jadi trend kini undang kecaman

Iklan
01

BILA sebut mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja. Semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah, bahagia dan semestinya 'till jannah'.

Jadi, bila nak berkahwin semua pasti teruja kerana mahu 'mendirikan masjid' dan hidup sebumbung hingga ke akhir hayat.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Ada yang suka buat secara besar-besaran di hotel mewah dan berlumba-lumba untuk dinobatkan sbagai 'Wedding of the year'.

Sesetengahnya pula yang lebih suka melangsungkan majlis secara bersederhana yang hanya dihadiri saudara-mara dan sahabat terdekat.

Iklan

Ya, beberapa minggu kebelakangan ini tular di laman sosial terutama aplikasi TikTok, rakaman ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ yang menjadi ikutan pasangan pengantin terutama di kalangan wanita bertudung.

Hasil tinjauan, terdapat ramai juga yang menyahut cabaran itu dengan membuat rakaman pengantin lelaki membuka aksesori kepala dan tudung pengantin perempuan di hadapan cermin.

Pun begitu, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.