SEBELUM ini Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pernah mencuri tumpuan ramai apabila bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu.
Kali ini Hairul dan Hanis berpeluang menaiki jet peribadi dan kapal layar mewah dalam memenuhi jemputan daripada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.
Menganggap ia rezeki buat anak-anak, perkara itu dikongsikan Hairul di laman sosial Instagram.
"Perjalanan yang menjangkaui imaginasi.
"Sangat bertuah dijemput dalam percutian impian ini.
"Masya-ALLAH untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang,” titip Hairul.
Paparan video berdurasi seminit itu menunjukkan Hairul dan Hanis bersama anak mereka, Yusof Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3 menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan itu.
Rezeki kita itu ALLAH salur melalui orang lain
Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi perasaannya apabila diberi peluang untuk bercuti bersama jutawan terkenal tanah air itu.
"Saya berasa gembira dan sangat teruja. Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri.
Sebab bayangkan, ALLAH gerakkan hati orang lain, untuk menggembirakan kita. Selalu tak terdetik? Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia nak. Hati dia nak.
"Rezeki kita itu ALLAH salurkan melalui orang lain.
"Orang itu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang ALLAH bagi. It’s beautiful,” katanya.
Dengar Yusuf nak main pasir, kapal layar sampai di daratan
Menerusi Instagram, Hairul turut menzahirkan rasa terharu apabila Tan Sri Vincent Tan sanggup merealisasikan hasrat anaknya, Yusuf Iskandar bermain pasir.
"Tan Sri terdengar @theyusufiskandar nak main pasir, tiba-tiba saja yacht sampai ke darat,” titup Hairul.
Jelas Hairul lagi, dia tidak menyangka Tan Sri Vincent Tan akan menyediakan sebuah kapal layar buat mereka sekeluarga.
Rata-rata warga maya meninggalkan komen positif di laman sosial pasangan itu.
-"Terus murah rezeki .”
-"Alhamdulillah..rezeki anak-anak.”
" Alhamdulillah rezeki tidak salah alamat. Happy holiday.”
-"Masya-ALLAH bertuahnya.”
-"Sempoinya Tan Sri ini..bertuahnya badan.”
-"Bercampur dengan orang yang bagus-bagus, kita akan turut ikut jadi bagus. Alhamdulillah.”
Oktober tahun lalu, Hairul sekeluarga dijemput menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan tersebut.
Hairul berkata mereka sekeluarga menerima undangan Tan Sri Vincent Tan yang ketika itu baru selesai berenang di Pulau Redang.
Sumber: Instagram Hairul Azreen, Hanis Zalikha