PENGACARA dan doktor selebriti, Dr Say sangat dikenali ramai kerana suka berkongsi tip rumah tangga dan kesihatan.
Terbaharu, pengacara rancangan TV My Doctor itu berkongsi, dia terkejut dan terkedu setelah mendapat
keputusan pemeriksaan kesihatan penuh miliknya.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Siapa sangka, Dr Say yang begitu menitikberatkan soal kesihatan juga dibelenggu masalah.
Menerusi posting di Instagram, Dr Say mengatakan dirinya mengalami kerosakan buah pinggang pada tahap dua.
"Am i worried? Semestinya. Tang kolestrol dan tang buah pinggang tu. Walaupun kalau dibandingkan status buah pinggang saya lagi elok keadaannya tahun ni berbanding tahun lepas tapi kali ni ada darah dalam air kencing tu yang buat saya sedikit cuak sebab normalnya tak ada darah pada air kencing unless ada jangkitan atau ada batu pada buah pinggang.
"Mungkin nak kena buat ultrasound sebab tak naklah dari tahap 2 tiba-tiba makin teruk yang sampai nanti kena cuci darah kalau buah pinggang dah rosak tahap 5.
"Kalau tanya perasaan saya, saya sedikit lega tapi lebih kepada cuak ahaha. Sedikit lega tang bacaan
kolestrol makin better dan lebih cuak sebab kolestrol masih tinggi serta kisah buah pinggang tu," coretnya.
Dalam pada itu, ujar Dr Say lanjut, mengikut nasihat pakar perubatan, dirinya tidak perlu mengambil ubat kolestrol.
Baca juga Tuduh Mabuk, Tiada Pertolongan, Dr Say Kecewa Video Tular Babitkan Pemandu Lori
Pesan Dr Say buat orang ramai, buatlah pemeriksaan kesihatan masing-masing.