Tak menang tangan lepas viral, gerai nasi dagang bekas cef diserbu seawal 6 pagi, 60 kg ‘sold out’ 2 jam!

Iklan
2

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Demikianlah yang menceritakan tuah pemilik gerai Rezki Roda yang menjual nasi dagang ini.

Orang ramai sanggup beratur panjang seawal 7.00 pagi bagi mendapatkan nasi dagang ikan aya (tongkol) di gerai yang terletak di Persiaran Alam Perdana, Bandar Puncak Alam, Selangor itu.

Iklan
Iklan

Berpakaian ala nelayan tradisional, pemilik Rezki Roda, Muhammad Khairul Nizzam Mamat, 43, yang juga bekas chef hotel lima bintang itu berkata setiap hari sekitar 50 hingga 60 kilogram nasi dagang akan habis dijual dalam tempoh kurang dua jam.

Peniaga nasi dagang itu tidak menang tangan selepas video Video dokumentari berdurasi 10 minit itu memaparkan kisah perniagaannya tular di laman sosial Facebook.

Iklan

Muhammad Khairul Nizam berkata hal itu disedarinya apabila melihat orang ramai beratur panjang kira-kira 100 meter seawal 6.00 pagi walaupun perniagaannya mula beroperasi sekitar 7.00 pagi.

Iklan

Apabila ditanya mengapa nasi dagang menjadi pilihannya, Muhammad Khairul Nizam berkata kesukaran mendapatkan juadah asli seperti didapati di kampung halaman antara sebab dia memilih sajian itu sebagai menu utama. Selain itu, dia turut menjual nasi lemak ikan tongkol.

Baca juga: Dulu kelilingi dunia, kini buka bisnes jual ayam gara-gara PKP. Transisi hidup lelaki ini cetus inspirasi

Katanya penyediaan nasi dagang Terengganu yang agak kompleks antara sebab nasi dagang sukar di dapati. Malah bahan untuk menghasilkan kari ikan tongkol untuk dimakan bersama nasi dagang juga kebanyakannya terdapat di negeri itu.

"Itu antara sebab saya pilih ini (nasi dagang) untuk dijual di sini. Memang majoriti pembeli juga dari pantai timur Semenanjung khususnya Terengganu.

"Tidak kurang juga kecaman sebab apabila tular, orang meletakkan harapan yang tinggi kepada masakan kita.

"Tetapi kita boleh belajar daripada teguran dan cuba memperbaiki mana yang kurang,” katanya.

Anak jati Kampung Tengkawang, Kuala Berang itu berkata selepas tular, sukatan beras basmati untuk menghasilkan nasi dagang meningkat hingga 10 kali ganda berbanding sewaktu awal berniaga November lepas.

Bermodalkan masakan juadah tradisional kampung halamannya dan motosikal beroda tiga tidak menjadi penghalang bekas cef di hotel lima bintang di Bukit Bintang itu untuk berniaga.

Muhammad Khairul Nizam menjadikan adiknya, Muhammad Firdaus, 38 sebagai motivasi untuk menceburi bidang perniagaan nasi dagang.

"Adik saya adalah idola dan menguatkan semangat saya untuk berniaga dari bawah.

"Memang ada yang memperlekeh apabila saya memutuskan untuk berhenti kerja dan menjual nasi dagang.

"Alhamdulillah, yang penting keluarga teruatamanya adik beradik sokong apa yang saya buat walaupun kami jauh dari kampung halaman,” katanya.

Hebatnya semangat Muhammad Khairul Nizam dalam memajukan perniagaan.

Jangan malu untuk bermula dari bawah dan usah berhenti berusaha. Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat kita semua!

Baca juga: Penangan kayu arang sejak dua dekad, ini rahsia roti canai milik usahawan Melaka ini terus viral

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: BERNAMA