Nia Ramadhani dipenjara setahun akibat penyalahgunaan dadah

Iklan
nia ramadhani

PELAKON popular Indonesia, Nia Ramadhani, suami, Ardi Bakrie dan pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto Zen dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Pusat selepas didapati bersalah akibat penyalah gunaan dadah jenis syabu, pada Selasa.

Menurut laporan media tempatan, bintang Bawang Putih Bawang Merah itu dilihat menitiskan air mata saat hukuman tersebut diputuskan.

Iklan
Iklan

Nia, 32, juga dikatakan merayu agar hukuman tersebut diringankan dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan terbabit.

Bagaimanapun mahkamah berpendapat hukuman tersebut adalah wajar setelah mendapati ketiga-tiganya terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan tersebut.

Iklan

Malah pihak mahkamah menganggap juga menganggap hukuman penjara satu tahun itu adalah setimpal.

Pada Julai 2021, pemandu peribadi Nia, Zen Vivanto telah ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

Iklan

Penangkapan itu turut membawa kepada penahanan Nia yang ketika itu dipercayai sedang melakukan aktiviti melibatkan penggunaan syabu. Diikuti dengan penahanan suaminya yang datang menyerah diri di balai polis pada hari yang sama.

Mereka kemudiannya dikehendaki menjalani pemulihan dadah selama 12 bulan dan dimasukkan ke Fan Campus, Cisarua di Jawa Barat. Bagaimana mereka hanya sempat menjalani aktiviti pemulihan selama lima bulan sahaja.