UMUM maklum baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur telah memerintah agar remaja lelaki berkenaan menjalani hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000.
Ujarnya, remaja yang dikenali sebagai Daniel itu tidak dipukul ketika ahli jawatan kuasa masjid menangkapnya, namun hanya diberikan pengajaran dengan memandikannya dengan cara mandikan jenazah.
Selain itu, individu tersebut juga mendakwa bahawa remaja terbabit pernah cuba untuk mengacukan parang ke arah datuknya kerana tidak dapat membeli dadah jenis syabu.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter mendakwa remaja berkenaan bukan sahaja mencuri tabung masjid malah dia juga turut mencuri motosikal milik kawannya.
Katanya lagi, remaja terbabit turut mencuri buah pisang serta barang-barang rumah milik orang kampung.
Sementara itu, pihak polis hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan remaja berkenaan mencuri untuk membeli ubat datuknya, malah sebenarnya dia ingin membeli dadah.
Soal siasat polis turut mendapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu.
Sumber : Facebook, Twitter, Sinar Harian