Terjatuh ketika main skateboard, Naim Daniel cedera di tangan

Iklan
naim daniel

PENYANYI dan pelakon Naim Naim mengalami kecederaan ringan pada tangan kiri selepas terjatuh ketika bermain skateboard pada Rabu lalu.

Naim yang gemarkan sukan ekstrem itu bagaimanapun bersyukur apabila kecederaan itu tidak serius dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, penyanyi lagu Sumpah itu telah memuat naik foto terkininya selepas mendapat rawatan.

"Tak patah, dislocated pun tak, fractured pun tak. Urat terkujut saja. Semalam lepas settle kat hospital, terus pergi skate balik,” ujar Naim.

Iklan

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai pengikutnya termasuk rakan-rakan selebriti yang terkejut melihat keadaan Naim yang mengalami bengkak dan luka kecil di wajahnya.

Masing-masing mendoakan agar Naim dalam keadaan baik dan segera sembuh, sekali gus dapat menumpukan perhatian kepada persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-36 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Naim Daniel)