Aishah bakal terima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan, bawa gelaran Datuk

Iklan
AISHAH

PENYANYI popular Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin telah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Penyanyi berkenaan merupakan antara 22 penerima yang menerima darjah berkenaan yang membawa gelaran Datuk.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain mendahului senarai 410 penerima darjah kebesaran dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 22 Januari dan sesi ketiga pada 27 Januari ini.

Iklan
Iklan

-Bernama