MUNGKIN terlalu awal untuk bicara tentang Hari Raya Aidilfitri, pun begitu lebih kurang sekitar empat bulan lagi, umat Islam akan meraikannya.
Namun yang menjadi persoalan ramai sekarang adakah kita berpeluang meraikan 1 Syawal seperti tiga tahun lalu iaitu sebelum dilanda pandemik Covid-19?
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Semoga tahun ini kita kembali boleh menyambut hari kemenangan tersebut bersama ibu bapa dan keluarga tercinta di kampung.
Dalam pada itu, umum turut maklum pemberian dos penggalak (booster) untuk penerima vaksin Covid-19 bertujuan untuk meningkatkan perlindungan kepada virus berkenaan.
Itu berikutan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan suntikan dos penggalak tersebut perlu diambil sebagai perlindungan diri dan ahli keluarga daripada risiko akibat Covid-19.
Pada masa sama, Noor Hisham memaklumkan setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala.
Namun, keadaan tersebut bukanlah satu petanda yang buruk.
Sementara itu, kenyataan itu dilihat telah mencetuskan pelbagai reaksi warga maya.