PENYANYI tersohor Celine Dion mengejutkan para peminatnya apabila terpaksa membatalkan siri konsert jelajah di Amerika Utara disebabkan masalah kesihatan.
Penyanyi yang kini menginjak usia 53 tahun itu dikatakan mengalami masalah kekejangan otot yang serius dan berterusan sehingga menyebabkan dia perlu mendapatkan rawatan segera.
Iklan
Iklan
"Saya sangat berharap agar keadaan saya baik-baik saja sekarang. Namun saya perlu bersabar dahulu dan mengikuti nasihat aturan serta saranan doktor.
"Saya mahu kembali sihat sepenuhnya dan tidak sabar berada di pentas untuk membuat persembahan,” katanya.
Siri jelajah yang dibatalkan itu sepatutnya berlangsung pada 9 hingga 22 April depan. Terdahulu penyanyi lagu My Heart Will Go On sudah selesai menjayakan 52 persembahan di seluruh Amerika Utara yang bermula sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.
Difahamkan ini bukan kali pertama Celine menunda atau membatalkan persembahannya disebabkan masalah kesihatan.
Malah sebelum ini, Celine pernah menunda persembahannya di Las Vegas disebabkan mengalami kekejangan otot sehingga mengganggu kemampuannya untuk melakukan persiapan dan latihan.
Artikel Berkaitan