Program vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Februari ini

Iklan
vaksin kanak-kanak

BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Iklan
Iklan

Justeru, dalam perkembangan terbaharu, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 bagi kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan KKM dalam status hantaran terkini di Facebook bertarikh 19 Januari 2022.

Iklan

Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Iklan

Siapakah yang tidak layak?

Sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis terhadap

  • Ubat, makanan, atau bahan yang tidak diketahui.
  • Sebarang reaksi atau alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19.

Untuk makluman, kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.

Ujian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.

Kesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.

KKM sebelum ini telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-386 yang telah bersidang pada 6 Januari 2022 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Pfizer (COMIRNATY) untuk kanak-kanak.