PASANGAN selebriti popular, Priyanka Chopra dan Nick Jonas kini bergelar ibu dan bapa selepas mengumumkan kelahiran cahaya mata pertama mereka menerusi kaedah ibu tumpang.
Berita gembira itu diumumkan pasangan yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga itu menerusi laman Instagram masing-masing pada Jumaat.
Iklan
Iklan
"Kami sangat gembira untuk memaklumkan sudah memiliki bayi melalui ibu tumpang.
"Kami memohon privasi pada waktu ini untuk memberi fokus kepada keluarga. Terima kasih,” tulis pasangan itu.
Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan pada usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.
Menjengah ruangan komen, ramai pengikut dan rakan selebriti yang menitipkan ucapan tahniah dan tumpang gembira buat pasangan ini. Malah hantaran tersebut mendapat lebih 2 juta tanda ‘suka’
Nick, 29, dan Priyanka, 39, mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018 dan kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan