Lebih mewah dan bergaya, Huawei P50 Pro dan P50 Pocket tembusi pasaran global

Iklan
Huawei P50 Pro P50 Pocket

HUAWEI baru-baru ini mengumumkan akan memperkenalkan model mewah terkini, P50 Pro untuk pasaran global tidak lama lagi.

Lebih menarik, peranti canggih itu juga akan diiringi dengan telefon pintar boleh lipat, P50 Pocket.

Iklan
Iklan

Huawei dalam satu kenyataan di Twitter menyebut, ketika ini pasaran P50 Pro hanya tertumpu di China sahaja disebabkan sekatan perdagangan yang sedang berlaku.

Iklan

Untuk P50 Pro, berikut antara ciri baharu yang dipertingkatkan:

i) Didatangkan dengan reka bentuk kamera duo matrik dengan paparan 6.6 inci True-Chroma.

Iklan

ii) Disokong kadar penyegar semula skrin 120Hz dan persampelan sentuhan 30Hz, sekali gus menawarkan pengalaman lebih lancar.

iii) Selain kalis air dan debu, fitur tahan lasak itu memiliki kelebihan saiz bateri 4,360 mAh.

iv) P50 Pro juga dilengkapi dengan pengecasan super tanpa wayar dan pembesar suara dual stereo.

v) Ciri Huawei XD Optics yang ditambah baik dengan HUAWEI XD Fusion Pro menjadikan foto lebih jelas.

vi) Superzoom Matrix membolehkan gambar jarak jauh lebih jelas.

Baca juga Huawei Mate40 Series paling berkuasa, ciri-ciri yang ditambah baik memang puas hati...

Baca juga Lazada CNY Prosperity Sale tawar diskaun hingga 80 peratus, jangan lepaskan produk idaman sementara stok masih ada

Sementara itu, P50 Pocket edisi premium juga berkolaboratif bersama pereka terkemuka Haute Couture, Iris Van Herpen untuk menghasilkan desain yang cukup menawan.

Nisbah 21:9 pada skrin utama yang lebih luas memberikan pengalaman visual yang berbeza pada varian tersebut.

"Lapisan Optik Nano membantu mengurangkan pantulan cahaya dan silau, selain kawalan lampu berfrekuensi tinggi menjadikan tontonan lebih selesa ketika cahaya malap," maklum kenyataan berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lebih menarik, ciri Teknologi Imej Spektrum Ultra terkini menggabungkan Huawei XD Optik dan enjin imej True Chroma menjadikan foto lebih realistik.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pasaran, layari laman web https://consumer.huawei.com/my/.