Bergelar juara GV8, RM100,000 milik Aliff Aziz

Iklan
ALIFF AZIZ JUARA GV8

PENYANYI Aliff Aziz menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Gegar Vaganza 8 (GV8) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Mengisi tema Akhirnya Kini Pasti, Aliff Aziz tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Sampai Syurga, nyanyian asal Faizal Tahir untuk segmen solo dan Dealova (Once Mekel) duet bersama Hafiz Suip, manakala battle rap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman RA).

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_70973" width="768"] Aliff berkongsi kegembiraan bersama isteri tercinta, Bella Astillah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya bergelar juara GV8.[/caption]

Alif memperoleh markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus (%) menewaskan lima finalis lain iaitu Nikki Palikat (81.26%), Suki Low (77.91), Adibah Noor (67.25%), Azan Scan (64.04%) dan Aweera (63.90%).

Iklan

"Alhamdulillah atas kemenangan ini. Saya bersyukur diberi kemudahan untuk berjuang bersama dengan rakan-rakan lain sepanjang musim GV8.

"Bagi saya semua orang sudah melakukan yang terbaik hari ini terutamanya Nikki dan Suki. Cuma mungkin rezeki saya lebih sikit kali ini.

Iklan

"Saya hilang kata-kata dan sangat tak sangka dengan kemenangan ini. Apa-apapun terima kasih kepada pihak Astro kerana memberikan saya dan rakan-rakan peluang ini. Saya harap semua orang terhibur dengan persembahan di pentas akhir GV8 ini,” ujar Alif.

[caption id="attachment_71003" width="768"] Aliff Aziz akui mendapat saingan hebat daripada Suki dan Nikki.[/caption]

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan penyanyi asal Singapura itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Sementara itu, Nikki bergelar naib juara dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi, manakala tempat ketiga dimenangi Suki Low dengan hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.

Sementara itu Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam dengan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Kesemua peserta yang bertanding di pentas akhir GV8 diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

Selain enam finalis tersebut, peserta lain yang turut beraksi dalam GV8 ialah Ani Mayuni, Shidee, Sa.Ya, Bandi Amuk, Upiak, Datuk Fazley Yaacob dan kumpulan Nico.

GV8 yang dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November lalu.

 

(FOTO: Azrul Rafi - Astro)