Jibril Ibtisan kerap nangis, anak keempat Aeril Zafrel - Wawa Zainal alami 'bayi kolik'

Iklan
02

MUNGKIN betul ikutan orang-orang lama kita, jika bayi baru dilahirkan kerap sakit dan sentiasa menangis, perlu ditukar nama panggilannya.

Iklan
Iklan

Pasangan romantik itu nekad menukar nama bayi mereka, Jibril Ibtisan kepada Muhammad Fahri.

Menurut Wawa, keputusan itu dibuat berikutan anak lelakinya itu mengalami keadaan bayi kolik hampir setiap hari selepas dilahirkan.

Iklan

Nama Jibril Ibtisan, Aeril yang bagi tapi bayi selalu meragam. Asyik menangis sehingga dua jam. Keadaan itu dikenali bayi kolik.

Iklan

Kata pelakon filem Sabda Kekasih itu lagi, dia mengetahui nama anaknya itu telah ditukar setelah mendapat panggilan daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri sudah selamat diakikahkan.

Terdahulu, Wawa telah selamat melahirkan anak keempat mereka seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6, dan Ayya Soffya kini berusia dua tahun.