Berlumuran darah, seluar terlondeh, tular video lelaki bergelut di tepi jalan

Iklan
04

TULAR di laman sosial hari ini video memaparkan dua lelaki sedang bergelut di tepi jalan raya.

Kelihatan salah seorang daripadanya berlumuran darah.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Menerusi beberapa video yang tular turut kelihatan pergelutan antara satu sama lain juga menyebabkan seluar lelaki berbaju kuning terlondeh.

Iklan

Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya terjatuh atas jalan raya sebelum lelaki berbaju hitam bertindak memecut kereta Proton Saga.

Ujarnya, seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun yang berlaku di Sentul hari ini.

Katanya, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul serta kereta jenis Proton Sagan turut ditemui.

Eng Lai turut berkata, suspek yang berusia 23 tahun itu akan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut dan kenyataan lengkap berhubung kejadian berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.