BERITA baik buat pengguna kad Touch 'n Go (TnG). Rangkaian itu akan melancarkan kad versi baharu yang telah dikemas kini dengan teknologi baharu.
Berikut perincian mengenai kad TnG yang baharu;
1. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong, kad baharu TnG itu akan membolehkan pengguna menambah baki dengan mudah menggunakan port didayakan-NFC melalui aplikasi TnG eWallet.
2. Kad TnG sebelum ini tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad daripada eWallet kerana memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan.
6. Jelas Khairuan, tingkah laku pengguna berubah secara drastik dan sama ada mereka akan kembali kepada transaksi tunai pasca-pandemik masih belum jelas.
Baca juga Lebih bergaya dan berani. Civic Serba Baharu Generasi ke-11 curi tumpuan ramai
7. PayNet perlu memerhatikan situasi itu selama beberapa bulan sebelum membuat kesimpulan.
8. Selepas itu barulah syarikat akan dapat mengesyorkan cara ia perlu mengekalkan transaksi e-dagang sebagai bentuk pembayaran utama.
Apa kata korang? Bagus kan, lagi senang untuk tambah nilai kad TnG bagi melancarkan pemanduan ke destinasi!