Guna kulit popia buat kuih coklat badam crunchy

Iklan

INGINKAN kelainan dengan kuih raya anda? Jom buat kuih raya yang crunchy bersalut coklat dengan hanya menggunakan kulit popia. Ini resipinya.

Bahan-bahan:

Iklan
Iklan

1 paket kulit popia

Kacang badam

Iklan

Coklat masakan

Lidi

Iklan

Kertas kuih

Sparkling

Cara-cara:

1. Letakkan lidi pada kulit popia dan gulungkan ia. Sapukan air di hujung gulungan untuk melekatkannya. Kemudian tanggalkan lidi. Ulang kepada semua kulit popia.

2. Potong kecil kulit popia itu kira-kira 1 cm.

3. Biarkan kulit popia itu selama 2 jam agar garing apabila digoreng.

4. Goreng kulit popia sehingga keperangan.

5. Setelah itu, cairkan coklat secara double boil atau dengan menggunakan microwave.

6. Masukan hirisan badam dan popia yang telah digoreng. Gaul sebati coklat itu.

7. Masukkan hasil tadi ke dalam kertas kuih.

8. Hiaskan bahagian atas dengan sparkling.

Siap! Rasanya memang sedap. Ada rangup popia, manisan coklat dan badam. Kalau anda tak suka badam, boleh ganti dengan kuaci atau lain- lain kekacang.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Facebook Hana Farhana