BIARPUN sudah lebih sebulan berlalu, namun banjir besar yang melanda beberapa buah daerah di sekitar Selangor dan Pahang pada 18 Disember tahun lalu masih meninggalkan kesan buat mangsa yang terlibat.
Rata-rata daripada mangsa yang terlibat terpaksa membina kehidupan baharu kerana banyak kehilangan harta benda.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Dugaan yang menimpa nenek Rohana pernah tular di laman sosial apabila kediaman yang sebelum ini tersergam indah di Kampung Jawa, Hulu Langat musnah sekelip mata yang tersisa hanyalah tangga semata-mata.
Namun semalam, nenek Rohana menitis air mata kegembiraan apabila rumah yang dihanyutkan oleh arus banjir itu akan dibina semula.
Menerusi satu perkongsian di Facebook usahawan dan dermawan terkenal, Ebit Lew, beliau akan membina semula rumah Nenek Rohana.
Ebit juga memohon doakan agar rumah yang bakal dibina untuk Nenek Rohana akan dapat disiapkan mengikut perancangan.