PENGACARA dan doktor selebriti dikenali ramai, Dr Say seorang yang suka berkongsi tip rumah tangga dan kesihatan.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia tidak menyangka di tahun 2022 ini masih ada segelintir individu yang berfikiran sebegitu.
Dr Saya juga menjelaskan, setelah melihat isteri stres, dia tidak akan menambah beban buat insan yang dicintai itu.
Bicaranya lanjut, walaupun ada pepatah mengatakan 'air tangan isteri mengikat hati suami', namun baginya, banyak lagi cara lain boleh dilakukan untuk menyerikan hubungan.
Pemilik nama sebenar Dr Shazril Shaharuddin itu turut menekankan dalam Islam tidak mewajibkan tugas isteri adalah memasak selain menganggap tidak relevan untuk mempraktikkan memandang rata-rata wanita kini bekerjaya.
Betul juga tu, yang penting sentiasa saling memahami, menghormati dan sayang menyayangi antara suami isteri untuk kekal bahagia.
Sumber: Instagram Dr Say