BARU-BARU ini berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah, kerajaan memutuskan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan ibadah itu bermula 8 Januari lalu.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi semua jemaah bagaimanapun masih belum diputuskan dan akan ditetapkan bersama agensi pengurusan umrah selepas ini.
Ujarnya, penangguhan hanya sebulan sahaja dan umat Islam yang mahu mengerjakan umrah boleh berbuat demikian pada 8 Februari ini.
Sementara itu, lagi berita baik buat jemaah umrah yang terpaksa menangguhkan ibadat itu sepanjang penutupan sementara selama sebulan bermula 8 Januari lalu akan menerima pampasan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata walaupun tidak dapat memberikan pampasan penuh, namun harapanya dapat memberi sedikit kelegaan kepada jemaah umrah.
Selain itu, pihaknya juga sendang menunggu senarai nama jemaah umrah yang layak untuk mendapat pampasan berkenaan dan Tabung Haji (TH) menjadi agensi yang akan bertanggungjawab menyalurkan wang berkenaan.