SEDAPNYA kalau berbuka dapat minum air Lai Chi Kang. Bahan-bahan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan serta boleh meredakan panas dalam badan.
Jom kita cuba resipi air Lai Chi Kang ni. Buat sendiri lagi puas hati!
Resipi Air Lai Chi Kang
Bahan-bahan:
Iklan
- Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
- Katira (rendam 3 jam)
- Longan kering (rendam kejap 5 minit )
- Biji selasih (rendam 5 minit)
- Kacang
- Buah laici
- Buah kundur kering
- Barli (rebus dulu)
- Cincau
- Buah Lo Han Ko
- Kurma merah cina
- Daun pandan
- Gula
Iklan
Cara membuatnya amat mudah sekali.
1)Rebus air bersama daun pandan, gula dan Buah Lo Han Ko.
2)Bila sudah menggelegak masukkan kurma merah cina dan longan kering. Biarkan seketika.
3)Kemudian senduk letak dalam jag atau mangkuk. Isikan bahan-bahan lain bila hendak minum sejuk letakkan ais. Siap!
Apa lagi, jom buat untuk berbuka!
PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK