Utara Semenanjung diramal alami jerebu hingga 29 Januari, banyakkan minum air

Iklan
jerebu

BERITA kurang baik buat penduduk di utara Semenanjung Malaysia. Kebakaran hutan yang berlaku di Cambodia akan menyebabkan berlakunya jerebu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, jangkaan itu berdasarkan trajektori asap Output Model HYSPLIT.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Menurut MetMalaysia juga, Output Model HYSPLIT yang dijana hanya mengambil kira lokasi-lokasi titik panas yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti udara di Malaysia.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan, terdapat enam titik panas di Semenanjung Malaysia kategori"High Confidence Level” berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 26 Januari lalu yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC).

Iklan

Jadi, jangan ambil mudah bahaya jerebu, ini 7 tip elak masalah kesihatan;

1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

2. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

3. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

4. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan

5. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).

Baca juga [VIDEO]Gajah gelongsor comel turun dari timbunan tanah raih jutaan tontonan

6. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

7. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

Sumber: METMalaysia, KKM