ORANG zaman sekarang segalanya mahu cepat dan mudah termasuk dalam memasak apa jua sajian.
Resipi yang tidak perlu terlalu banyak ramuan memang antara yang menjadi tarikan.
Jika mahu buat kek pula, kalau boleh tidak mahu dibakar. Bukan apa, mahu panaskan ketuhar satu hal. Perkara yang paling ditakuti terutama kepada yang masih amatur di dapur adalah takut kek hangus!
Baca juga Hadiahkan orang tersayang dengan KITKAT Gold edisi terhad. Boleh 'follow' 2 resipi mudah dan cepat!
Melihat situasi itu, SinarPlus kemudian melakukan pencarian di beberapa laman web yang menyediakan kek yang amat senang dimasak.
Hasilnya, perkongsian https://food.ndtv.com menemukan kek keju KitKat tanpa bakar.
Laman web itu memetik resipi yang dimuat naik di Instagram oleh penulis blog makanan dan pembuat roti yang berpangkalan di London, United Kingdom, Eloise Head.
Resipi Head dikatakan menjadi viral sekelip mata kerana mereka yang tak pandai memasak pun, boleh membuat kek tersebut dengan jayanya.
Berikut SinarPlus kongsikan resipi oleh penulis blog berkenaan. Kalau ada kelapangan hari ini atau cuti Tahun Baharu Cina ini, apa kata luangkan masa untuk membuatnya.
BAHAN-BAHAN
Kek dasar:
350 gram biskut penghadam (dihancurkan)
160 gram mentega tanpa garam (dicairkan)
32 jejari KitKat
Kek keju:
500 gram krim keju
120 gram gula aising
480 mililiter krim pekat (disejukkan)
Hiasan:
100 mililiter krim pekat (dipanaskan)
100g coklat gelap/cip coklat
6 jejari Kitkat (ditumbuk)
Cara penyediaan:
1. Gunakan loyang 8 inci dan susun jejari KitKat di setiap sisi.
2. Kacau biskut yang telah dihancurkan dan bubuh mentega ke dalam mangkuk.
3. Kemudian, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan adunan.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam peti sejuk.
5. Selepas itu, kacau krim pekat di dalam mangkuk sehingga menjadi lembut dan cair .
6. Dalam mangkuk yang lain, gaulkan gula aising dan keju krim sehingga rata dan campurkan bersama krim pekat tadi.
7. Letakkan adunan ke atas lapisan kek tadi dan sejukkan selama lima jam.
8. Untuk topping pula, tuangkan krim pekat yang telah dipanaskan ke atas cip coklat supaya cair.
9. Selepas disapu rata, tuang bahagian atas kek keju dan sejukkan selama dua jam lagi.
6. Setelah itu, taburkan jejari Kitkat yang telah dihancurkan ke atas kek dan boleh dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga!
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Senang kan? Tak perlu bakar dan dapur pun tak berselerak.
Jom cuba dan mana tahu kalian akan mendapat pujian daripada si kecil. Pujian anak-anak semestinya memberi semangat yang lebih kepada kita.