Video pendek KJ berucap tular, KKM perjelas salah faham dos penggalak

Iklan
Video pendek KJ berucap tular, KKM perjelas salah faham dos penggalak

DUA hari lalu tular di laman sosial satu klip video pendek memaparkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) pada satu sidang akhbar.

Iklan
Iklan

Klip video berkenaan ternyata mengundang salah faham orang ramai.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi penjelasan menyatakan video tular berkaitan dos penggalak Covid-19 itu petikan video lama.

Iklan

KKM dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan;

Iklan

1. Video tular itu merupakan petikan dari sidang akhbar KJ sewaktu meninjau perkhidmatan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 20 September 2021.

2. Pada waktu itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan malah kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.

Baca juga Vaksinasi Covid-19 kanak-kanak mulai 3 Februari, berikut 10 info perlu tahu

6. Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baharu virus Covid-19.

7. Banyak negara yang tawarkan dos penggalak kepada populasi dewasa mereka seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia dan Singapura.