Intan Ladyana selamat bersalin bayi perempuan, Harris titip rasa syukur

Iklan
Intan Ladyana selamat bersalin bayi perempuan, Harris titip rasa syukur

PELAKON cantik, Intan Ladyana selamat bersalin anak sulungnya, semalam.

Perkongsian gembira tersebut dikongsikan oleh suami tercinta, Harris Alif menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di Instagram, Harris memaklumkan bayi sulungnya itu lahir tepat jam 11.40 malam.

Iklan

Tambah Harris, meskipun  Intan pernah dijangkiti wabak Covid-19 ketika kehamilannya, namun keadaan isterinya itu bersama bayi mereka kini baik-baik sahaja.

Iklan

"Alhamdulillah, Intan dan bayi kami berada dalam keadaan baik. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kami," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Harris bakal tampil dengan single terbaru yang terindah dalam hidupnya tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian sebelum ini, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya sebelum bersalin.

Pengacara itu juga sempat menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan isterinya bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Baca juga Neelofa selamat bersalin, kongsi nama putera sulung

Tahniah buat Intan dan Harris!