Rihanna rungkai teka-teki, tak sabar bergelar ibu

Iklan
rihanna

SETELAH sekian lama membiarkan ramai pihak berteka-teki mengenai kehamilannya, akhirnya penyanyi popular, Rihanna berkongsi foto terbaharunya yang jelas menampakkan ‘baby bump’ bersama kekasih, A$AP Rocky.

Bagaimanapun penyanyi yang mula meledak dengan lagu Unfaithful itu tidak berkongsi butiran lanjut mengenai kehamilan pertamanya itu.

Iklan
Iklan

Namun sumber rapat pasangan itu memaklumkan Rihanna atau nama sebenarnya, Robyn Rihanna Fenty dan Rocky tidak sabar dan sangat teruja bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Mei tahun lalu, Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers, 33, buat pertama kali mendedahkan kepada majalah GQ bahawa bintang Battleship itu merupakan cinta hatinya.

Iklan
Iklan