Dimasukkan ke hospital kerana apendiks, Jimin positif Covid-19

Iklan
JIMIN

ANGGOTA kumpulan terkenal, BTS iaitu Jimin disahkan positif Covid-19 sebelum menjalani pembedahan membuang apendiks pada Isnin.

Jimin atau nama penuhnya Park Ji-Min telah dikejarkan ke hospital pada Ahad selepas mengadu mengalami kesakitan pada abdomen dan sakit tekak.

Iklan
Iklan

Menurut syarikat pengurusannya, Big Hit Music, pemeriksaan lanjut yang dilakukan menunjukkan Jimin menghidap apendiks dan perlu menjalani pembedahan.

Namun ujian awal Covid-19 yang dilakukan terhadap selebriti berusia 26 tahun itu didapati positif.

Iklan

"Bagaimanapun pembedahan telah selamat dilakukan pada Isnin dan Jimin kini dalam proses sembuh.

"Dia akan dirawat di hospital untuk beberapa hari lagi dan turut menerima rawatan untuk Covid," ujar wakil syarikat itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Difahamkan, Jimin turut mengalami gejala demam beberapa hari sebelum menerima rawatan di hospital.

Jimin merupakan anggota BTS keempat yang dijangkiti virus berkenaan selepas RM, Jin dan Suga yang disahkan positif Covid -19 pada Disember lalu.