Thalia Rasul bergelar isteri kali ketiga

Iklan
THALIA

PENYANYI yang juga bekas peserta Mentor musim keempat, Thalia Rasul kembali bergelar isteri buat kali ketiga pada Rabu.

Thalia atau nama penuhnya Ketty Natalia Rasul, 34, selamat diijabkabulkan dengan Syahmi Zakaria di Masjid Arau, Perlis.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, hanya sekali lafaz, saya dan Syahmi sah bergelar suami isteri.

"Majlis kami berlangsung secara ringkas dan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja termasuk anak tunggal saya, Keysha Lestari,” ujarnya yang akan mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat.

Iklan

Tambah Thalia, dia berharap perkahwinan kali ini akan berkekalan dan pengalaman lalu dijadikan pengajaran.

"Terima kasih suami kerana menerima saya seadanya. Insya-ALLAH, semoga perkahwinan ini menjadi yang terakhir buat kami.

Iklan

"Semoga pengalaman lepas yang kita lalui menjadi panduan untuk kita bentuk keluarga sakinah mawaddah warahmah yang kita impikan,” luahnya.

Ditanya penerimaan anak tunggalnya, Keysha, 10, Thalia berkata, biarpun rapat dengan bekas suaminya, namun anaknya itu tetap boleh menerima kehadiran Syahmi.

[caption id="attachment_71957" width="800"] Anak tunggal Thalia, Keysha hasil perkahwinan pertama menerima baik kehadiran Syahmi.[/caption]

"Alhamdulillah, dia ok. Cuma dengan walid (Syahmi), Keysha diajar dalam ketegasan tetapi mereka saling sayang menyayangi. Walid pun suka melawak macam umi dia.

"Cuma Thalia mohon jangan bezakan mana-mana pihak terdahulu mahupun sekarang sebab kedua-duanya ada tempat istimewa di hati Keysha,” jelasnya.