HIDANGAN telur biasanya juadah yang selalu menjadi kegemaran ramai. Memasak telur sangat mudah, praktis, dan pantas.
Telur juga merupakan bahan makanan yang paling popular mudah didapati di pasaran kerana ia paling senang dimasak dan pada masa sama dijual pada harga yang murah.
Seperti yang terjadi di Terengganu, masalah bekalan telur tidak mencukupi di negeri itu berlarutan sejak sebulan lalu dan memberi tekanan kepada peniaga serta pengguna.
Baca juga Pelik tengok kuning telur ada pelbagai tona warna, selamatkah untuk dimakan? Ikuti penjelasan pakar
Pun begitu, hari ini tular pula sekeping foto di media sosial menunjukkan harga bahan mentah itu yang mengejutkan ramai sehingga mencecah RM18.90 sepapan.
Walau bagaimanapun, lokasi berkenaan tidak dapat dipastikan.
Rata-rata warga maya mengecam kenaikan harga tersebut memandangkan telur menjadi makanan asas sesebuah keluarga sekali gus memberikan impak kepada perbelanjaan barang dapur.