SINARPLUS 6 FEBRUARI 2022

Iklan
Untitled design (11)

RASYIDAH Abu Johan tidak pernah menyangka, kemahiran mempelajari bahasa Mandarin telah membuka jalan untuknya menjadi penyampai berita di saluran RTM.

Peluang itu pastinya tidak dilepaskan lebih-lebih lagi beliau sudah mempunyai pengalaman selama empat tahun sebagai wartawan penyiaran Berita Mandarin di TV2.

Iklan
Iklan

Perkara itu kemudian mengundang pelbagai reaksi terutama yang mempertikai seorang wanita berbangsa Melayu menjadi penyampai berita Mandarin. Bukan kerana penampilan bertudung menjadi persoalan, tetapi perbezaan kaum yang dijadikan perdebatan.

Tidak menghiraukan segala komen atau pandangan negatif, Rasyidah mengakui dirinya dihujani limpahan pujian dan kata-kata sokongan. Ringkasnya, hampir 90 peratus bersetuju dan 'merestui' tanggungjawab beliau sebagai penyampai berita Mandarin.

Iklan

Berbagi cerita mengenai detik awal beliau membuat keputusan untuk mempelajari bahasa bukan ibunda, personaliti yang berasal dari Perak itu turut menceritakan kepada penulis detik-detik mengapa beliau beriltizam menurunkan berat badan.

Segala isi cerita yang dikongsikan Rasyidah dipaparkan menerusi sisipan SinarPlus dalam akhbar Sinar Ahad minggu ini.

Iklan

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Gelombang baharu kanser rahim, Resipi inspirasi dari Kunming, China dan Kudrat Kak Chik semakin lemah.