Derita sakit usus dan SLE, hidup remaja ini berubah 360 darjah. Bantuan RM30,000 diperlukan untuk kos perubatan

Iklan
derita sakit usus dan SLE

DI SEBALIK wajah ceria Sharizaton Sawal yang menyambut kedatangan penulis di rumahnya di Block Bucida, Residensi Warnasari 2, Puncak Alam, Selangor baru-baru ini, rupa-rupanya ibu tabah itu sedang menanggung ujian cukup berat.

Tidak hanya diduga kehilangan anak kedua, Mohd Iqmal Haqem Kamarul Bahrin akibat mati lemas pada tahun 2014, kini anak ketiganya, Nurul Syahera Edmal, 15, pula disahkan menderita sakit usus dan Systemic lupus erythematosus (SLE).

Iklan
Iklan

Saat penulis menjengah masuk ke rumah sewa mereka, Nurul Syahera Edmal atau manja dipanggil Kak Chik hanya mampu tersenyum lemah dan terbaring di atas katil bujang di tengah ruang tamu.

Iklan

Untuk bercakap waima bangun sekali pun, Kak Chik perlu dipapah kerana kudrat empunya badan sudah hilang dan memang kelihatan sangat lesu.

Terbaring lesu

Iklan

Kepada SinarPlus, Sharizaton yang mewakili anaknya berkata, beliau cukup ralat kerana lewat mengesan ‘sakit‘ yang ditanggung gadis berusia 15 tahun itu.

"Kak Chik sebelum ini sering mengadu kemurungan, kurang selera makan dan sering terbaring pada awal Mac tahun lalu.

"Pada suatu hari, tanpa saya jangka, Kak Chik minta saya mandikan dia atas alasan dirinya tak larat. Sebaik sahaja saya bantu buka baju untuk mandikannya, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ini selepas melihat tubuh dia kurus kering sehingga nampak tulang," ceritanya sambil menangis.

Sambil menyeka linangan air mata, ibu anak empat itu berkata, selepas peristiwa memandikan Kak Chik, barulah dirinya tahu si anak betul-betul dihimpit kesakitan.

Tidak mahu membiarkan keadaan menjadi bertambah kritikal, Sharizaton membawa Kak Chik menjalani pemeriksaan di beberapa klinik berhampiran. Namun, semua keputusan yang diterima berbeza-beza.

Baca juga Tidak sanggup melihat anak meraung setiap kali dressing, ibu ini mohon doa dan sumbangan orang ramai

"Ketika itu (pemeriksaan), darah anak sudah jatuh ke paras yang kritikal dan doktor cuba tambah darahnya, tetapi masih tiada perubahan positif. Lagi membuatkan hati ini tidak tenang apabila pihak klinik minta saya bawa Kak Chik segera ke hospital.

"Jiwa saya kembali menangis apabila pihak hospital yang dihubungi berkata, kami perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk tarikh janji temu. Hal itu membuatkan saya terus mendapatkan pandangan doktor yang dikenali di Johor Bahru," katanya.

Kulat dalam usus

Ujar Sharizaton, atas saranan pakar tersebut, pemeriksaan darah dan ujian rambut Kak Chik dibuat di sebuah klinik dan keputusan yang diterima cukup menakutkan.

"Ketika itu, kulat dalam ususnya sudah mencecah 90 peratus. Mahu tak mahu, rawatan segera perlu dijalankan untuk menyelamatkan nyawa Kak Chik, walaupun suami terpaksa pinjam ah long untuk membayar semua kos rawatan di klinik swasta tersebut.

"Selepas dapat surat rujukan lengkap dengan keputusan ujian, kami terus bawa dia ke unit kecemasan untuk rawatan. Ketika itu barulah kami tahu rupa-rupanya Kak Chik menanggung sakit usus dan SLE," kata suri rumah berusia 43 tahun itu.

Selepas itu, bermulalah episod rawatan yang tidak berpenghujung buat Kak Chik.

Baca juga Hati tersentuh lihat Rahil, Iman menderita penyakit kepala besar sejak lahir. Mereka perlukan bantuan kita

Ujar Sharizaton, antara pengalaman yang paling mencemaskan beliau adalah menyaksikan remaja berkenaan diserang sesak nafas dan sawan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Namun, paling memilukan hatinya, Kak Chik yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 sering menyuarakan hasrat mahu ke sekolah semula kerana tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.

"Awak lihatlah keadaan diri Kak Chik yang lemah. Rambutnya juga gugur. Niat baiknya membuatkan saya serba salah.

"Saya juga tak sampai hati mahu melukakan hati Kak Chik dan apa yang boleh saya lakukan adalah sentiasa memberi kata-kata semangat buatnya untuk terus kuat melawan sakit," tuturnya yang turut menderita penyakit tiroid.

Baca juga Terlantar 2 tahun akibat tumor pada saraf tunjang, ibu tabah ini mohon keajaiban buat Baby

Berhempas-pulas

Tatkala ditanya kos perubatan anak, suri hati kepada Kamarul Bahrin Kahaludin, 46, hanya menunduk dan terdiam seketika.

Jujur katanya, kos perubatan yang diperlukan dianggarkan mencecah RM30,000 untuk tempoh setahun seperti yang disyorkan doktor pakar.

Pun begitu, mengenangkan derita yang ditanggung anaknya membuatkan hati wanita cekal itu terus gigih mencari dana demi kelangsungan rawatan termasuk membuat hebahan sendiri di laman sosial.

"Pun begitu, apa yang membuat saya patah hati apabila orang menuduh kami ini scammer. Hanya mereka yang ketahui keadaan sebenar sahaja yang tahu bagaimana terdesaknya kami untuk mendapatkan dana demi rawatan Kak Chik.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Bukan murah sebenarnya kos rawatan dia. Suami yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori juga berhempas-pulas demi Kak Chik dan anak-anak lain yang masih sekolah," ujarnya nada sayu.

Kepada orang ramai yang ingin membawa sinar kebahagiaan buat Kak Chik, sumbangan ikhlas anda amat dialu-alukan. Dana boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 162740199609 atas nama Sharizaton Binti Sawal.