Bapa durjana! Cabul, rogol 2 anak dipenjara 20 tahun, 8 sebatan. Berikut fakta kes

Iklan
warga emas dijel

HARAPKAN pagar, pagar makan padi! Begitu perumpamaan yang sesuai boleh diletakkan kepada seorang bapa yang sanggup 'merosakkan' anak kandung sendiri demi nafsu serakah.

Di manakah ihsan kemanusian dan kasih sayang seorang bapa yang sepatutnya mendidik serta memberi perlindungan terbaik buat anak-anak?

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kejam dan durjana! Kedua-dua anak gadis dicabul dan dirogol!

Iklan

Menurut laporan media tempatan, ini fakta kes berkenaan;

Iklan

1. Pengakuan itu dibuat tertuduh yang merupakan warga Indonesia berusia 50 tahun di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

2. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai buruh ladang di Kalabakan itu didakwa mencabul dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik dalam rumah tidak bernombor pada penghujung Ogos 2020 jam 10 malam.

Baca juga [VIDEO]Ayah terjumpa anak tengah kerja 'drive-thru' bikin ramai jurai air mata

3. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang sama didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di rumah yang sama pada penghujung Januari 2021 lebih kurang jam 11 malam.

8. Amir Shah seterusnya menjatuhkan hukuman 10 tahun dan empat sebatan kepada tertuduh bagi setiap pertuduhan dan hukuman dijalankan secara berasingan mengambil kira kepentingan awam serta trauma emosi kepada mangsa yang juga anak kandung tertuduh.

9. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), Jhassary Kang.