PELITUP muka adalah antara peralatan yang wajib dipakai pada era pandemik ini bagi mengelakkan penularan Covid-19.
Susulan itu pelbagai fesyen pelitup muka timbul yang meriah beraneka warna dan gaya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Kosk yang hanya menutupi hidung, ia mendapat perhatian ramai termasuk akhbar-akhbar dari Barat.
Kosk merupakan gabungan perkataan Ko + Mask, di mana Ko merupakan panggilan untuk hidung dalam bahasa Korea.
Baca juga Lancar, tak sangkut, lelaki kongsi tip tampal pelekat RFID pada nombor plat
Pelitup hidung tersebut hadir dalam dua rekaan. Satu untuk dipakai di hidung sahaja, dan satu lagi membolehkan pengguna menanggalkan bahagian mulut ketika ingin makan.
Ada yang mempersendakan rekaan tersebut namun ramai juga yang menyukai penawaran Kosk itu.
Walaupun ia pelik, ia dilihat adalah lebih baik daripada tidak memakai apa-apa ketika berada di luar, terutamanya ketika berada di kafe, kedai makan dan sebagainya.
Baca juga Wajib beli. Gunting terbaharu 3M lebih lasak dan berkualiti, mudahkan kerja di dapur
Kosk dijual melalui laman Coupang di Korea Selatan pada harga sekitar RM34.
Menurut Oddity Central, rekaan ini dicipta bagi memudahkan pengguna seperti semasa makan atau apa jua aktiviti yang melibatkan mulut.
Meskipun sedang menikmati makanan, perlindungan terhadap Covid-19 masih boleh dilaksanakan dengan menutupi bahagian hidung.