PEMBAKARAN terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara.
Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, ini penjelasan lanjut mengenainya;
1. Dalam tempoh itu, taburan hujan di seluruh negara akan mengalami pengurangan dan menyebabkan keadaan cuaca panas serta kering di Semenanjung.
2. Sewaktu tempoh cuaca panas dan kering ini, peningkatan pembakaran terbuka terutama di kawasan mudah atau sering terbakar seperti di kawasan tanah gambut serta tapak pelupusan sampah dikhuatiri berlaku.
6. Selain itu, orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e Aduan JAS di laman sesawang https://eaduan.doe.gov.my.
Baca juga Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah, ini apa yang perlu anda tahu
Sementara itu, ini tip bagi mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas;
- Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti. Jangan tunggu hingga dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Berada di dalam rumah atau bangunan.
- Hadkan aktiviti luar.
- Berehat dengan kerap.
- Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan.
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar.