Berangkat ke Tanah Suci, Aliff Aziz mohon maaf andai gores hati sesiapa

Iklan
Berangkat ke Tanah Suci, Aliff Aziz mohon maaf andai gores hati sesiapa

"ALHAMDULILLAH hari ini berangkat saya sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali."

Begitu coretan penyanyi, Aliff Aziz di Instagram miliknya sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Aliff memohon orang ramai mendoakan keselamatannya sepanjang menunaikan umrah bersama isteri, Bella Astillah.

Iklan

Dalam pada itu juga, Juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) itu juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tergores dengan perbuatannya.

Iklan

Sebelum ini, Bella pernah memaklumkan rancangan mereka menunaikan umrah ini sekali gus menyambut ulang tahun suaminya pada 16 Februari ini.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh iddah.