TANGGAL 10 Februari merupakan tarikh ulang tahun kelahiran pelakon dan pengacara popular iaitu Noor Neelofa.
Rata-rata rakan artis dan peminat tidak putus-putus memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik buat selebriti kesukaan mereka ini.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Dalam menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 hari ini, isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail itu berkongsi tentang permata hati pertamanya.
Ujarnya, anak lelaki bernama Muhammad Bilal itu sepatutnya jangkaan tarikh bersalin pada hari ini.
Sementara itu, ibu bekas pengacara Meletop iaitu Noor Kartini juga tidak lepaskan peluang menitip ucapan istimewa buat puteri kesayangannya itu.
Neelofa dan Haris selamat bernikah pada 27 Mac 2021.
Empat bulan selepas berkahwin, ketika berita mengenai kehamilannya hangat diperkatakan umum, usahawan itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.
Neelofa dan Haris dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 yang kini berusia 12 hari.