[VIDEO]Gempar ular dalam pesawat ke Sabah, 'ini real Snakes On A Plane'

Iklan
[VIDEO]Gempar ular dalam pesawat ke Sabah, 'ini real Snakes On A Plane'

BAGI yang pernah menonton filem Hollywood bertajuk Snakes On A Plane pasti akan merasakan mimpi ngeri jika kejadian itu berlaku dalam dunia realiti.

Iklan
Iklan

Dikatakan pesawat AirAsia itu dalam perjalanan Kuala Lumpur (KL) ke Tawau, Sabah.

Menerusi sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok @edal8808, ular itu dilihat jelas sedang bergerak berada dalam lampu bahagian atas pesawat berkenaan.

Iklan

Berikutan kejadian itu, pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Kuching.

Iklan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata antara mereka menyamakan situasi berkenaan seperti filem Snakes On A Plane.

Baca juga 10 info mengenai pencakar langit ‘Pucuk Rebung’, bakal dijual ratusan juta

Terdapat juga penumpang lain yang turut berada dalam pesawat yang sama menyangka pendaratan cemas akibat cuaca.

Sehingga kini, video tersebut telah mencecah 1.4 juta tontonan dan hampir 50,000 tanda suka.