Jit Murad meninggal dunia

Iklan
Untitled design (94)

PENULIS, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu pada usia 62 tahun.

Berita pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya, Aziz Mirzan disahkan oleh beberapa teman rapat Allahyarham.

Iklan
Iklan

Setakat ini, punca sebenar kematian Allahyarham masih belum dikenal pasti.

Allahyarham yang merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987.

Iklan

Beliau juga merupakan abang kepada penerbit filem, Na’a Murad.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah.

Iklan

Sepanjang kariernya, Allahyarham disegani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berdedikasi dan dinamik.

Beliau turut dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih beberapa anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian.