[VIDEO]Anak bongsu KJ terima dos pertama vaksin Covid-19, ibu bapa daftar anak di MySejahtera

Iklan
[VIDEO]Anak bongsu KJ terima dos pertama vaksin Covid-19, ibu bapa daftar anak di MySejahtera

UMUM maklum, negara sekarang sedang melaksanakan pemberian suntikan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) itu telah pun bermula awal Februari lalu.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Pun begitu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) mengesahkan anak bongsunya telah menerima suntikan vaksin menerusi PICKids semalam.

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, KJ berkata anaknya, Raif telah selesai dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Iklan

Baca juga Vaksinasi Covid-19 kanak-kanak mulai 3 Februari, berikut 10 info perlu tahu

Tambah Khairy, dia menyarankan agar ibu bapa di luar sana segera mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Terdahulu, pada 3 Januari lalu, KJ memaklumkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera.

Jadi, kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan suntikan tersebut kepada anak-anak, kini boleh mendaftar di aplikasi MySejahtera.