Remaja maut tak pernah ambil dos penggalak, tular akibat booster palsu!

Iklan
Gadis meninggal dunia setelah jalani kerja ikut corak 996

BARU-BARU ini tular dua rakaman suara yang berdurasi 1.07 minit dan 2.29 minit dalam aplikasi Whatsapp mendakwa pelajar seorang Tingkatan 2 dipaksa mengambil dos penggalak (booster).

Iklan
Iklan

Menurut rakaman suara tersebut, pelajar itu juga didakwa sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit dialami dan sebelum dibenarkan pulang ke rumah pihak hospital memaksanya mengambil dos penggalak.

Namun, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) semalam tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Iklan

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rose Nani Mudin, berikut penjelasan berkaitannya;

1. Siasatan yang dibuat mendapati remaja yang meninggal dunia pada 12 Februari itu tidak pernah mengambil dos penggalak dan punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru serta penyakit jantung sejak lahir.

Iklan

2. Pesakit bukan meninggal dunia disebabkan dos penggalak Covid-19 seperti yang ditularkan.

3. Ibu pesakit dan pihak Hospital Tuaran mengesahkan pesakit tidak pernah mengambil dos vaksin penggalak.

7. Pada masa sama, pihak Hospital Tuaran turut membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut mengenai penularan berita palsu dan gambar pesakit di aplikasi Whatsapps oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

8. Rose Nani turut menggesa rakyat Sabah agar tidak menularkan berita palsu dalam mana-mana media sosial atau aplikasi yang boleh mengelirukan orang ramai serta mengancam privasi pesakit dan ahli keluarga pesakit.

9. Jelasnya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab sebegitu.

10. Pihak jabatan bersimpati dengan keluarga pesakit dan berharap perkara seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang.