[VIDEO]Jiran suka parking kereta depan rumah, lelaki letak notis 'untuk dijual', ramai puas hati

Iklan
[VIDEO]Jiran suka parking kereta depan rumah, lelaki letak notis 'untuk dijual', ramai puas hati

ADAT hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.

Selain itu, sebagai seorang jiran juga, kita perlu mengetahui batas-batas terutamanya melibatkan hal-hal peribadi dan hak milik orang lain.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Seperti yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Farhana yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila jiran kerap meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya sesuka hati.

Yelah, apabila selalu sangat ia menimbulkan kesusahan kepada tuan rumah kan. Sabar sekali dua, lama-lama naik 'panas' juga kan.

Iklan

Baca juga Wanita dedah saluran air aircond jiran dihala ke rumah hingga berlumut

Menerusi video pendek dikongsi, lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan bertindak meletakkan satu botol dan tertera tulisan kereta itu ingin dijual dengan harga RM800.00.

Tambahnya lagi, pembeli turut mendapat pam racun secara percuma.

 

Apa yang menariknya apabila tindakan tersebut membuahkan hasil selepas jirannya dilihat tidak lagi meletakkan keretanya di hadapan rumah mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang diambil serta 'berpuas hati'.

Sumber: Nur Farhana