Biasan rona merah simbolik wanita berani

Iklan
merah rozita che wan

UMPAMA pukauan, setiap tahun baik industri fesyen, aksesori mahupun industri tekstil di seantero dunia setia menanti pengumuman Pantone Color Institute yang menyenaraikan trend warna popular.

Palet rona yang dipamerkan lazimnya dijadikan inspirasi untuk menghasilkan koleksi produk selari dengan perkembangan fesyen terkini.

Iklan
Iklan

Justeru, berbicara soal nuansa, Pantone Color Institute, syarikat yang menawarkan perkhidmatan ramalan trend warna global itu dilihat mengangkat merah sebagai rona utama 2019-2020 khususnya dalam rekaan fesyen busana wanita.

Perkara tersebut dibuktikan menerusi Laporan Fesyen New York dan Fesyen London yang mana warna garang itu mendahului carta Top 5.

Iklan

Bagi pentas fesyen New York, misalnya, himpunan pakaian berasaskan warna jenis cili merah menjadi pilihan kebanyakan rumah fesyen terkemuka. Ia dibuktikan daripada koleksi dres, gaun petang, blaus, celana sehinggalah sepatu.

Para pemerhati fesyen menyifatkan warna cili merah bukan sahaja menyuntik gaya elegan, bahkan membuatkan kaum Hawa tampak berani dan berkeyakinan tinggi apabila berada di khalayak khususnya.

Iklan

[caption id="attachment_2490" width="1024"] NORA DANISH (kir) dam Kilafairy antara selebriti yang elegan menggayakan sut warna merah. Foto: Instagram selebriti[/caption]

Jika cili merah mewarnai industri fesyen New York tahun ini, rona merah jenis buah kranberi pula membangkitkan item fesyen London. Serasi

Nampaknya buah beri tersebut bukan sekadar hiasan dekorasi kek, malah turut ‘menyerikan‘ penampilan para wanita.

Jadi tidak hairanlah apabila tarikan yang terdapat dalam warna merah turut mendapat perhatian ikon fesyen popular, Audrey Hepburn sebelum ini.

Beliau yang pernah dinobatkan antara ikon wanita tercantik dunia menyifatkan bahawa setiap ton nuansa merah sentiasa serasi digayakan golongan wanita tanpa mengira warna kulit. Asalkan bijak suai dan padan serta bersesuaian dengan tema majlis dihadiri.

[caption id="attachment_2491" width="1024"] PENAMPILAN Wawa Zainal persis patung Barbie dalam persalinan gaun kembang nuansa merah. Foto: Instagram selebriti[/caption]

Perhatikan penampilan selebriti jelita, Rozita Che Wan ketika bercuti di Uzbekistan pada Februari lalu. Keberanian beliau memadankan seluar, jaket dan selendang polos rona merah terang menjadi perhatian para pengikut laman sosial Instagram @rozitachewan1.

Sementara itu, pelakon berbibir seksi, Kilafairy juga tampak elegan  dalam persalinan sut warna merah  berjalur merah hati.

Dalam pada itu, pelakon, penyanyi dan pengacara muda, Janna Nick  juga tampil ceria menggayakan blaus lengan panjang warna merah terang bersama skirt berkotak-kotak merah dan hitam.

Pelengkap gaya seperti kasut, sarung kaki dan tali pinggang warna hitam merupakan padanan terbaik agar penampilan tidak kelihatan pelik ataupun keterlaluan.