SELEPAS dua tahun berlangsung, keputusan kes saman pelawak, Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali , 30, menemui noktahnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, hari ini.
Dalam pada itu, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, juga diperintah membayar RM60,000 kepada Nor Hidayah berhubung kenyataan aib di laman sosial Instagram dua tahun lalu.
Dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dengan kos sebanyak RM13,000.
Sementara itu, Nor Hidayah turut melafazkan rasa syukur dengan keputusan tersebut.
Berikut kronologi kejadian saman-menyaman antara Ali Puteh dan kakak iparnya;
1. Allahyarham Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
2. Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadap Ali Puteh sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
6. Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
5. Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali Puteh memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
6. Dalam saman itu, Ali Puteh bersama bapanya, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Ridzuan pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Nor Hidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.
7. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.
Terdahulu, Nor Hidayah dan Abam Bocey melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.